Skim Cepat Kaya

"Kalaulah kami tahu..."

Tujuan

Tujuan risalah ini adalah untuk memberi maklumat bagi meningkatkan kesedaran orang ramai supaya tidak melibatkan diri dalam skim pengambilan deposit secara haram.

Pengenalan

Terdapat bermacam-macam jenis aktiviti pengambilan deposit secara haram, di mana bentuk setiap aktiviti tersebut adalah berlainan. Pengambilan deposit secara haram yang sedemikian biasanya dikenali sebagai 'skim cepat kaya' di mana pada kebiasaannya, sejumlah wang akan didepositkan atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya atas terma-terma bahawa wang deposit tersebut akan dipulang balik dengan faedah atau keuntungan. Kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan berlesen.

Soalan-soalan Lazim

S1: Apakah maksud 'deposit'?

Dalan konteks skim cepat kaya, deposit boleh dijelaskan seperti berikut:

  • Sejumlah wang diberikan kepada penganjur skim tersebut yang mungkin adalah sebuah syarikat, perkongsian, perniagaan pemilik tunggal atau seorang individu
  • Penganjur menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang tinggi atas setiap deposit dalam jangkamasa yang pendek. Ada juga skim yang memberi pelbagai bentuk ganjaran kepada para pendepositnya.
  • Mengikut terma-terma skim tersebut, deposit dan keuntungan akan diberi balik kepada pendeposit pada satu tarikh yang ditetapkan. Tarikh ini boleh ditetapkan oleh penganjur skim atau dipersetujui bersama antara pendeposit dan penganjur skim. Ada kalanya, pendeposit boleh menuntut pulangan mereka sebelum tarikh yang ditetapkan.
  • Deposit tersebut juga boleh dibayar dalam bentuk wang tunai atau dalam bentuk ganjaran lain, seperti dalam bentuk logam berharga, batu berharga, barangan kemas, barangan elektrik atau kereta.

S2: Apakah maksud 'pengambilan deposit secara haram'?

Ia adalah.................

S3: Apakah ciri-ciri pengambilan deposit secara haram?

  • Penganjur tidak mempunyai lesen sah untuk mengumpul deposit
  • Penganjur menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangkamasa pendek. Pulangan ini selalunya lebih tinggi daripada faedah yang ditawarkan oleh institusi-institiusi kewangan yang dilesenkan.
  • Selain daripada wang tunai, sebahagian daripada pulangan boleh dibayar dalam bentuk ganjaran lain, sepeti dalam bentuk kupon, barangan kemas atau barangan elektrik

S4: Apakah institusi-institusi yang dibenarkan mengambil deposit?

 

Untuk bantuan

Bank Negara Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Jalan Dato' Onn,
50480 Kuala Lumpur

atau

Email: info@bnm.gov.my
Telefon: 03-2694 6480 / 03-26940 6437
Faksimili: 03-2691 2990

 

Information from Central Bank of Malaysia

Terms and Conditions

 

Best view with IE 5.0 and 800x600 resolution. Copyright © 2003 EX-FAU Group. All rights reserved.