Health Information

HOME Personal Data Group Activities Group Newsletter FAU Activities FAU Newsletter
Help Needed History Photo Gallery Contact Webmaster


Hepatitis A dan B

Hepatitis A dan B adalah penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin.

Gabungan vaksin hepatitis A dan B sekarang boleh didapati dalam satu suntikan. la amat berkesan dan selamat digunakan. Vaksi ini diindikasi untuk mereka yang berumur 1 tahun keatas yang belum lagi mendapat imunisasi kedua-dua hepatitis A dan B.

Vaksin ini boleh diberi menerusi 3 tahap dos dalam jangka masa 6 bulan. Ini termasuk dos pertama pada tarikh yang dipilih, dos kedua diberi 1 bulan kemudian dan dos ketiga pada bulan keenam dari dos pertama. Ini bermakna anda boleh mendapat dua perlindungan dengan satu suntikan sahaja!

Vaksin hepatitis A dan B juga boleh didapati dengan suntikan berasingan. jika anda mendapat suntikan vaksin mencegah hepatitis B sahaia, anda tidak terlindung dari serangan hepatitis A dan juga sebaliknya.

Bertanyalah doktor anda hari ini juga tentang perlindungan yang terbaik dari serangan hepatitis A don B.

Hepatitis A

Hepatitis A ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV) dan ia amat mudah berjangkit. la boleh mengakibatkan penyakit hati yang melemahkan tubuh. Sakit klinikal biasanya terjadi selama 4 minggu tetapi boleh berlaku semula pada kadar 20% dan tanda-tanda penyakit mungkin berterusan selama sehingga 6 bulan.

Hepatitis A didapati meluas di kawasan‑kawasan yang tahap kebersihan dan peraturan kesihatannya rendah. Disebabkan taraf kehidupan bertambah baik di negara ini dan laporan tentang kejadian penyakit ini berkurangan, terdapat peningkatan jumlah penduduk yang tidak‑lali yang menghadapi risiko jangkitan penyakit ini jika terdedah kepada virus berkenaan.

TANDA-TANDA PENYAKIT

Pada peringkat permulaan, tanda‑tanda penyakit sama dengan flu ‑ demam, senak perut, muntah, ceret‑beret, keletihan, sakit sendi, sakit kepala dan biasanya bermula dengan hilang selera makan, kelesuan, rasa loya, muntah-muntah dan keadaan semakin letih. Selepas seminggu, ini diikuti dengan penyakit kuning pada kulit dan pada bahagian mata putih. Tanda&-tanda ini boleh berterusan sehingga. enam bulan pada. sesetengah pesakit.

JANGKITAN

jangkitan paling biasa ialah melalui makanan (salad, buah-buahan, makanan mentah yang lain) atau air yang tercemar dengan najis orang yang dijangkiti. la boleh juga berjangkit melalui makanan laut berkerang dari kawasan air laut yang tercemar dengan bahan naiis, kepah, tiram, kerang dan kupang yang mentah atau separuh masak atau juga melalui hubungan rapat dengan orang yang dijangkiti.

MEREKA YANG MENGHADAPI RISIKO

  • Mereka yang memakan cengkerang mentah atau separuh masak contohnya tiram, kerang, kepah
  • Mereka yang menguruskan makanan
  • Mereka yang rapat hubungan dengan orang yang dijangkiti termasuk ahli keluarga
  • Pengunjung-pengunjung ke kawasan sesak dan tidak bersih
  • Mereka yang memberi jagaan harian kepada kumpulan kanak-kanak kecil dan mereka yang terencat akal atau cacat anggota
  • Pekerja-pekeria tempat perkumbahan
  • Penghuni rumah orang terencat akal
  • Mereka yang menyalahgunakan dadah
  • Individu yang menghidap penyakit hati kronik yang tidak nampak contohnya Hepatitis B atau C, penyakit bukan berpunca virus yang lain seperti dadah atau alkoholisma
  • Mereka yang mengalami masalah pembekuan darah, haemophilia dll
  • Mereka yang bekerja dalam persekitaran makmal ujian virus Hepatitis A

Hepatitis B

Hepatitis B ialah sejenis penyakit serius yang merebak di seluruh dunia dan disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). la boleh menyebabkan masalah kesihatan termasuk hepatitis kronik (inflamasi hati yang berterusan), sirosis hati (hati menjadi keras), hati gagal berfungsi dan kanser hati.

Penyakit ini disebarkan oleh individu yang dijangkiti penyakit ini, juga oleh sejumlah 300‑350 juta pernbawa penyakit ini diseluruh dunia. Kira‑kira 2000 juta orang dijangkiti virus ini dan 2 juta orang mati setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan hati.

TANDA-TANDA PENYAKIT

Tanda-tanda awal sama dengan flu-demam, menggigil, keletihan, sakit kepala, sakit perut, muntah, hilang selera makan, sakit‑sakit otot dan sendi. Kemudian diikuti dengan penyakit kuning pada kulit dan pada bahagian mata putih, selain itu air kencing akan menjadi kuning dan najis pucat. Hepatitis A dan B menampakkan tanda‑tanda. yang hampir sama pada pesakit yang dijangkitinya.

JANGKITAN

Virus ini tersebar melalui darah yang tercemar atau bendalir badan yang lain seperti air liur, air mani, atau bendalir faraj. Oleh itu penyakit ini boleh beriangkit menerusi penggunaan alat-alat peribadi yang tercemar (contohnya pisau cukur, berus gigi, dll) atau jarum, atau melalui perhubungan seks dengan orang yang dijangkiti.

MEREKA YANG MENGHADAPI RISIKO

  • mereka yang bermain sukan sentuhan dan kernungkinan mendapat luka dan calar‑calar pada kulit
  • pekeria jagaan kesihatan, juru teknik makmal clan pekerja lain yang kerap menyentuh darah atau bahan darii darah
  • remaja yang aktif dan rambang seks, homoseksual dan pelacur
  • mereka yang menerima rawatan akupunktur dan mereka yang membuat tatoo di badan
  • mereka yang kerap melawat rantau yang tinggi kadar penyakit ini
  • bayi yang lahir dari ibu-ibu yang membawa penyakit ini
  • perhubungan rapat dengan pesakit tenat yang mengidap penyakit hepatitis B dan pembawanya
  • mereka yang menyalahgunakan dadah intravena

Information from GlaxoSmithKline

Terms and Conditions

Best view with IE 5.0 and 800x600 resolution. Copyright © 2003 EX-FAU Group. All rights reserved.